Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2016M/ 1437H Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)
Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2016M/ 1437H Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)
Jumaat, 29 JULAI 2016 - Kelab Sukan Dan Kebajikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka (KSKM) saban tahun menganjurkan program hari raya aidilfitri dan berlangsung dengan jayanya. Begitu juga tahun ini, pada 29 Julai 2016 (Jumaat), MSNM telah berjaya mengadakan majlis sambutan hari raya aidilfitri. Majlis tersebut bermula pada jam 2.00 petang dan diadakan di perkarangan parkir hakim, Aras G, Kompleks MSNM.


Persiapan warga MSNM bagi menjayakan majlis hari raya tersebut telah dibuat sejak awal pagi lagi pada hari kejadian. Setiap zon bersemangat menyediakan menu masing-masing yang telah dibuat pembahagian iaitu pencuci mulut, kuih muih dan buah-buahan disediakan oleh Zon Abu Ya’ala, makanan barat dan roti john disediakan oleh Zon Al-Syarbiniy, mee dan masakan panas disediakan oleh Zon Al-Dimyati, minuman oleh Zon Ibnu Hajar Asqalani, nasi tomato oleh Zon Abu Yusof dan rending serta ketupat disediakan oleh Zon Al-Mawardi. Setiap menu yang disediakan oleh zon-zon ada yang dihasilkan sendiri oleh ahli zon dan ada yang ditempah.


Majlis hari raya berjalan dengan meriah apabila mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan sokongan daripada warga MSNM terutamanyan termasuk Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Haji Mohd Radzi Bin Abdul Latif dan isteri. Majlis bertambah meriah apabila turut dihadiri oleh tetamu-tetamu terhormat iaitu Setiausaha Politik Ketua Menteri Negeri Melaka, YBhg. Tuan Rosli Bin Hasan, Pemangku Mufti Negeri Melaka, SS Tuan Hj Abdul Halim Bin Tawil, Y.Bhg Datuk Wira Haji Yaakub Bin Md. Amin, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Ahli Penasihat Undang-Undang, Puan Haznita Binti Hamidun, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka, Tuan Azmi Bin Ibrahim dan lain-lain. Warga MSNM dan tetamu-tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang merasai semua juadah yang disediakan. Paling menarik dan menjadi pilihan ramai ialah menu ikan patin gulai tempoyak yang disediakan oleh Ketua Pendaftar MSNM dan isteri.


Majlis berakhir pada jam 5.00 petang dan tetamu beransur pulang. Warga MSNM bergotong royong membersihkan perkarangan tempat majlis sebelum pulang ke destinasi masing-masing. Walaupun penat, semua warga MSNM berpuas hati dan gembira kerana majlis hari raya tahun ini juga berjalan dengan lancar dan meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Semoga majlis seperti ini dapat dikekalkan lagi penganjurannya pada tahun-tahun yang akan datang. Tahniah MSNM.



Berita Oleh : Izzah Hanani binti Suhaimi






















.png)





.png)








