1-3 Oktober 2016- Muzakarah Hakim Syarie Bil. 2 Tahun 2016 Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah berjaya diadakan pada 1 hingga 3 Oktober (Sabtu hingga Isnin) bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan disertai oleh Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Hj Mohd Radzi Bin Hj. Abdul Latif, Ketua Pendaftar,Hakim-hakim dan beberapa orang Pegawai Syariah, Penolong Syariah dan Pembantu Syariah MSNM. Muzakarah Hakim kali ini menjemput khas wakil-wakil daripada Majlis Agama Islam Wilayah-wilayah Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Songkhla, Yala, Satun dan Pattani. Turut bersama menjayakan muzakarah ini ialah konsulat Malaysia di Thailand dan dihadiri juga Jabatan Kehakiman Syariah negeri Kelantan dan pensyarah daripada UITM, Kelantan.

Program tahunan ini bertujuan untuk mengumpulkan semua Hakim Syarie,Pegawai Syariah MSNM serta pakar perundangan dan hukum syarah untuk berdiskusi dan mencari penyelesaian berkenaan isu-isu perundangan dan hukum syarak. Skop muzakarah tahun ini diperbesarkan kepada kajian khas berkenaan dengan masalah pernikahan di luar kariah menggunakan sindiket dan wali hakim di Negeri Kelantan dan Selatan Thailand.
Tahniah diucapkan kepada Pengarah Program iaitu Puan Jamiah Binti Husin dan semua peserta muzakarah yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Semoga kejayaan muzakarah tahun ini dapat dikekalkan lagi pada tahun-tahun akan datang.
Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi