Skip to main content

Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka Tahun 2018

Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka Tahun 2018


7-8 Jun 2018 | 22-23 Ramadhan 1439H -Temuduga Peguam Syarie Negeri Melaka 2018 telah diadakan selama dua hari bertempat di Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Jumlah calon yang terlibat seramai 109 orang.Temuduga dilaksanakan secara dua sesi iaitu bagi calon-calon yang belum memiliki sijil dan calon-calon yang telah memiliki sijil dari negeri lain.

        iv peguam2  iv peguam6  iv peguam4

Panel-panel penemuduga terdiri daripada Ketua Hakim Syarie MSNM - YAA Datuk Hj.Mohd Radzi Bin Hj.Abd Latif,  Mufti Kerajaan Negeri Melaka - S.S Datuk Haji Abd.Halim Bin Tawil, Ketua Pendaftar MSNM - Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Pegawai Penyelidik KHS MSNM - Tuan Mohamad Ridzuan Bin Zainudin, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah MSNM - YA Tuan Ahmad Bin Lakim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah MSNM - Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka - Y.M Tuan Raja Mazelan Bin Raja Deraman, Pengarah Pendakwaan Syariah Negeri Melaka - Tuan Hj.Azmi Bin Ibrahim, dan Peguam Syarie daripada Persatuan Peguam Syarie cawangan Negeri Melaka(PGSM) - Tuan Hj.Mohd Adli Bin Ithnin Dan Datin Rosfinah Binti Datuk Rahmat.

        iv peguam1  iv peguam3  iv peguam5

Temuduga ini juga dibantu dan diselaraskan oleh urusetia daripada Sekretariat Peguam Syarie MSNM. Semoga berjaya diucapkan kepada calon-calon Peguam Syarie yang terlibat.

 iv peguam8

Disediakan Oleh: Cik Izzah Hanani Binti Suhaimi