Skip to main content

Pertandingan Mencipta Logo EKSA

Pertandingan Mencipta Logo EKSA


11 Januari 2019 | 5 Jamadil Awal 1440H (Jumaat) - Zon Al Dimyati dari Mahkamah Rendah Syariah Melaka Tengah telah diumumkan sebagai Johan pertandingan rekabentuk logo EKSA MSNM. Manakala Naib Johan disandang oleh Zon Al- Mawardi dari Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah. Pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan dan Promosi EKSA MSNM ini, telah diadili oleh juri dari pihak pengurusan tertinggi. Logo yang memenangi pertandingan ini akan menggantikan logo amalan 5S terdahulu.

       Penyampaian hadiah berupa wang tunai  sebanyak RM 300.00 untuk kategori Johan dan RM 150.0 untuk kategori Naib Johan di sampaikan oleh Ketua Hakim Syarie MSNM bersempena dengan Majlis Makan Malam “Lambaian Budi Junjungan Kasih” bagi meraikan Yang Arif Datuk Hj Mohd Radzi bin Hj Abd Latif yang kini telah berkhidmat sebagai hakim rayuan syariah di JKSM.

Pertandingan Mencipta Logo EKSA 
 Pertandingan Mencipta Logo EKSA

Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim