Skip to main content

Kumpulan Inovasi MSNM “Adiwarna” Sertai Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016

Kumpulan Inovasi MSNM “Adiwarna” Sertai Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016


7 – 8 September 2016 – Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016 telah diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. MSNM mempertaruhkan projek "Ez-Trace" bagi kategori perkhidmatan memberikan peluang dan kesempatan kepada MSNM memperkenalkan sistem pengesanan fail-fail kes selesai yang digunapakai oleh jabatan sehingga kini yang terbukti berkesan.

Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016

Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016

Penglibatan MSNM di dalam pertandingan ini merupakan julung-julung kali penyertaan di peringkat negeri bersama-sama dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri Melaka yang lain seperti Jabatan Ketua Menteri Melaka, MAIM, JAIM, MPAG, Yayasan Melaka dan sebagainya.

Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016
 
Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016

Melalui pertandingan ini juga, ahli kumpulan dapat menimba ilmu dan pengetahuan terutama mengenai projek-projek inovasi dan kreativiti sesebuah organisasi selain MSNM yang unik dan menarik serta kreatif. Melalui pertandingan ini juga ahli dapat melihat kesungguhan setiap jabatan didalam memastikan jabatan masing-masing berupaya menyahut seruan kerajaan di dalam memperbanyakkan unsur-unsur inovasi di dalam produk-produk perkhidmatan jabatan masing-masing.

Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016

Majlis Persada Inovasi Negeri Melaka 2016

 

Berita Oleh : Ahmad Hambali bin Mohd Ali