JASIN 4 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah merasmikan perletakan Batu Asas Kompleks Al Hasanah Mahkamah Syariah Sungai Rambai, Jasin Melaka fasa kedua.
Pada Majlis tersebut Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembinaan Mahkamah Rendah Syariah baharu yang terletak bersebelahan Masjid Al-Hasanah, Sungai Rambai. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Bin Haron mengucapkan Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang telah mengumumkan peruntukan itu bagi pembinaan Kompleks tersebut. Ketika ini, mahkamah berkenaan beroperasi secara sementara di bangunan yang terletak di dalam kawasan masjid berkenaan sejak pertengahan tahun lalu.