Skip to main content

Majlis Anugerah Pencapaian 2018 dan Amanat Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka

Majlis Anugerah Pencapaian 2018 dan Amanat Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka

11 Januari 2019 | 5 Jamadil Awal 1440H (Jumaat) - Bertempat di Hotel Avillion Legacy, Melaka telah berlangsungnya Majlis Anugerah Pencapaian bagi tahun 2018 dan penyampaian amanat oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka. Majlis dimulai seawal 5.30 petang dengan penyampaian Anugerah Pencapaian Bulanan, Pemenang Logo EKSA, Sijil Anugerah Inovasi ICQCC Singapura dan penyampaian takwim kepada semua unit dan cawangan. Sebelum upacara penyampaian, Yang Amat Arif Tn Mohd Nadzri bin Hj. Abdul Rahman telah menyampaikan amanat buat pertama kali di Negeri Melaka. Ketua Hakim Syarie telah berkongsi aspirasi pembangunan diri dan jabatan yang akan dicapai untuk tahun 2019. Yang Amat Arif telah menggariskan beberapa cabaran besar yang akan dihadapi sepanjang tahun 2019 seperti peruntukan bajet tahunan serta kekurangan kakitangan dan peralatan.

      Mengetahui cabaran yang akan dialui, Mahkamah Syariah Melaka telahpun bersedia dengan pelan kontinjensi dari sudut pelan penjimatan dan perkongsian pintar. Selaku ketua jabatan, Yang Amat Arif turut menekankan kepentingan penjagaan kesihatan tubuh badan dan kestabilan mental setiap pegawai dan kakitangan. Sehubungan dengan itu, beliau menggesa supaya penganjuran aktiviti berbentuk fizikal dapat dilaksanakan pada tahun ini. Manakala pengajian ilmu berbentuk syariah dan undang-undang diluaskan kepada pengajian berbentuk rohani seperti tasauf dan sebagainya. Suasana penyampaian amanat pada kali ini sedikit berbeza kerana konsep yang digunakan adalah “Kesultanan Melaka”, dimana Yang Amat Arif telah menitipkan beberapa pantun dan bahasa Melayu Istana dalam ucapan beliau. Majlis pada petang tersebut mendapat sambutan yang baik dari pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Negeri Melaka

Majlis Anugerah Pencapaian 2018 dan Amanat Ketua Hakim Syarie Majlis Anugerah Pencapaian 2018 dan Amanat Ketua Hakim Syarie Majlis Anugerah Pencapaian 2018 dan Amanat Ketua Hakim Syarie

Disediakan Oleh: Mohamad Ridzuan Bin Zainudin