Bengkel Pelupusan Ayat-Ayat Al-Quran Siri 1
Bengkel Pelupusan Ayat-Ayat Al-Quran Siri 1
11 Februari 2019 | 6 Jamadil Akhir 1440H (Isnin) - Sekretariat MS 1900:2014 telah menganjurkan bengkel pelupusan ayat-ayat al-Quran siri 1 bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Umar Aras 4, MSNM. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Melaka merangkap ahli jawatankuasa penasihat syariah MSNM. Tuan Pengerusi turut memberikan beberapa Nas dan panduan dari aspek menjaga dan melupuskan dengan cara yang terbaik menurut Islam.
Tujuan bengkel ini diadakan adalah bertitik tolak daripada cadangan auditor supaya Jawatankuasa Patuh Syariah MSNM mewujudkan satu prosedur yang boleh menjaga kesucian dan kemuliaan ayat-ayat Al Quran. Pihak auditor mendapati bahawa pihak MSNM banyak terlibat dalam penulisan ayat-ayat suci al-Quran seperti pada alasan penghakiman yang ada di dalam fail-fail kes. Manakala pada satu-satu tempoh kelak, fail tersebut akan dilupuskan melalui unit rekod.
Agenda bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi kemudian taklimat pemahaman bengkel disampaikan oleh Cik Puan Izzah Hanani Binti Suhaimi, Pengarah Program Jawantankuasa bengkel dan dibantu oleh Timbalan Pengarah serta Setiausaha iaitu Encik Zainal Abidin Bin Mohd Hidzir dan Encik Abdul Karim Bin Ibrhim. Bengkel ini juga dihadiri oleh 25 peserta yang terpilih untuk menganggotai jawatankuasa bengkel tersebut.
Selesai taklimat dan sesi soal jawab, peserta-peserta bengkel dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengumpulan, pengasingan dan pelupusan dan berbincang tugasan setiap kumpulan yang akan dilaksanakan. Bengkel berakhir dengan ucapan penutup oleh pengerusi. Pengerusi mengharapkan objektif program ini berjaya direalisasikan supaya kesucian ayat-ayat suci Al-Quran lebih terjaga selain mendapat ganjaran pahala yang besar bagi sesiapa yang berusaha menjaganya.
Bengkel siri kedua akan dijalankan pada bulan Mac dan setiap kumpulan perlu bersedia untuk membentangkan hasil tugasan masing-masing.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi
MS
EN




























.png)





.png)








