Skip to main content

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bil 1 Tahun 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah Mahkamah Syariah Negeri Melaka Bil 1 Tahun 2019


27 Mac 2019 | 20 Rejab 1440H (Rabu) - Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah Bil.1 2019 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Saidina Umar, MSNM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YA Tuan Ahmad Bin Lakim, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi MSNM dan turut dihadiri oleh ahli mesyuarat daripada wakil pengurusan tertinggi iaitu Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM, YA Tuan Mohamad Khalid Bin Shaee@Shaii,  Hakim Mahkamah Tinggi MSNM, Tuan Shukeri Najib Bin Ab Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah MSNM,Tuan Mohamad Norshahnizam Bin Norizan, ketua audit dalam MSNM dan Pegawai-Pegawai Pematuhan Syariah. 

Antara agenda utama mesyuarat kali pertama tahun 2019 ini ialah membincangkan istilah-istilah/produk-produk muamalat dan kriteria tambahan patuh syariah selain berkat, tepat, cepat iaitu berwibawa di mana perkara ini dimasukkan ke dalam proses kerja dokumen isu-isu kritikal syariah MS 1900:2014 MSNM hasil teguran audit pemantauan oleh pihak SIRIM pada tahun lepas untuk dibuat penambahbaikan. Pihak Jawatankuasa patuh syariah juga telah membentangkan beberapa laporan, di antaranya:-

i. Produk-produk/akad. muamalat yang bersesuaian dan mempunyai persamaan dengan proses kerja MSNM.
ii. Laporan Penilaian berkaitan pelaksanaan pakaian Patuh Syariah.
ii. Kajian berkaitan Nas rujukan serta kesesuaian prinsip berwibawa untuk diterapkan ke dalam proses kerja.

Mesyuarat Penasihat Syariah ini sangat bermanfaat bagi sekretariat MS 1900:2014 melaksanakan segala dasar yang telah diputuskan oleh jawatankuasa. Begitu juga untuk menambah ilmu pengetahuan terutama berkaitan produk-produk patuh syariah seterusnya menerapkan elemen dan nilai syariah di dalam proses kerja MSNM.

 Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah MSNM Bil 1 Tahun 2019  Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah MSNM Bil 1 Tahun 2019
 Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah MSNM Bil 1 Tahun 2019  Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah MSNM Bil 1 Tahun 2019

Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi