18 April 2019 | 12 Syaaban 1440H (Khamis) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah dijemput oleh Istana Negara dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ke Istana Negara bagi mengikuti Majlis Bacaan Yasin, Tahlil Arwah dan Tazkirah bertempat di Surau Utama Istana Negara. Rombongan dari Melaka diketuai oleh YB Pegawai Kewangan Negeri dan Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Manakala wakil dari Mahkamah Syariah Negeri Melaka diketuai oleh YAA Tuan Mohd Nadzri bin Abdul Rahman Ketua Hakim Syarie MSNM, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka dan Tuan Mohd Ridzuan bin Zainudin Ketua Unit Penyelidikan MSNM.
Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan tahlil seterusnya tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh SS Datuk Abdul Halim bin Tawil Mufti Kerajaan Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh Institut Tahfiz Chenderah, Jasin seramai 40 org dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah perkenan untuk beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz tersebut dan jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak istana negara. Majlis yang telah diadakan ini telah mengeratkan lagi tali silaturrahim dan mendekatkan hubungan diantara rakyat negeri Melaka dan KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Daulat Tuanku.
Disediakan Oleh: Abu SUffian Bin Abu Yaziz